Tuesday 31 March 2015

MAJLIS BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG (EN.MOHAMED HANIFAH BIN HASHIM)

Pada 20 Mac 2015 yang lalu, satu majlis khas diadakan untuk meraikan persaraan seorang guru yang banyak berjasa kepada sekolah ini. Beliau adalah En. Mohamed Hanifah Bin Hashim. Beliau merupakan seorang guru yang banyak berjasa dan antara yang paling lama berkhidmat di sekolah ini. Beliau mula mencurahkan khidmat dan baktinya kepada sekolah ini pada tahun 1987 sehingga kini. Hampir 28 tahun lamanya beliau mencurahkan ilmu, mendidik dan memimpin anak-anak didik ACS. Kini tiba masanya beliau melangkah ke alam baru yang dinamakan alam persaraan. Persaraan beliau meninggalkan kesan kepada kami warga ACS. Kami amat menyanjungi dan menghormati segala budi dan tingkahmu Cikgu Hanifah. Jasamu dikenang Cikgu Hanifah.

Jom kita intai disekitar majlis ini berlangsung.

1. Sesi perhimpunan pagi bersama semua anak-anak didik.

semua guru mengenakan pakaian berwarna biru yang merupakan warna kegemaran cikgu Hanifah

semua kebiru-biruan
 
majlis diacarakan oleh Puan Azma




ketibaan yang diraikan En Hanifah

ucapan dan pesanan terakhir untuk anak-anak didik tersayang

 

hadiah kenang-kenangan daripada anak-anak didik
salam dan ucapan selamat tinggal

2. Sesi di dewan bersama guru-guru, Pengerusi PIBG, staf sokongan dan murid-murid.


ucapan daripada yang dirai En Mohamed Hanifah

upacara memotong kek Hari Lahir dan pulut kuning

Dari kiri En Abdul Hamid bin Manap (PK Petang), En Abdul Hamid Bin Shufaat (PK 1), En Mohamed Hanifah dan En Tan Peng Hoi ( Pengerusi PIBG)

mantan Pengerusi KGSS dan Setiausaha KGSS pada tahun ini bergambar bersama buku ucapan untuk En Hanifah


psssttt... bisik ape tu??

Keceriaan dan kegembiraan yang jelas terpancar dari wajahnya

kereta berhias khas untuk membawa En Hanifah

kejutan!! kehadiran isteri tersayang memeriahkan lagi majlis

upacara memotong kek Hari Lahir

so sweetttttt.....


jambangan bunga kekasih

semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat

nyanyian perpisahan daripada rakan-rakan guru bersama linangan air mata (nak tengok air mata sila zoom)

lambaian terakhir

Selamat Bersara Cikgu Hanifah! Jasamu dikenang! Kau sentiasa dalam ingatan kami...

HAPPY RETIREMENT!!!

No comments:

Post a Comment